Khalil Al-Hayah | |
---|---|
خليل الحية | |
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas | |
Dalam jawatan 6 Ogos 2024 – 16 Oktober 2024 | |
Ketua | Yahya Sinwar |
Didahului oleh | Yahya Sinwar |
Digantikan oleh | ADK |
Timbalan Ketua Hamas di Genting Gaza | |
Dalam jawatan 2017 – 16 Oktober 2024 | |
Ketua | Yahya Sinwar |
Didahului oleh | Ismail Haniyeh |
Digantikan oleh | ADK |
Ahli Parlimen Palestin bagi Gaza | |
Menyandang jawatan Januari 2006 Berkhidmat with Said Seyam, Ahmed Bahar, Mohammed Faraj Al-Ghul, Jamal Saleh, Jamal Al-Khudari, Ziad Abu Amr dan Husam Tawil | |
Kumpulan parlimen | Blok Perubahan dan Pembaharuan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Khalil Ismail Ibrahim Al-Hayah خليل إسماعيل إبراهيم الحية 1960 (umur 63–64) Gaza |
Parti politik | Hamas |
Khalil Al-Hayah (Arab: خليل الحية ) ialah seorang pegawai kanan Hamas yang pernah dipilih sebagai anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) pada 25 Januari 2006 sebagai wakil rakyat bagi Kota Gaza. Beliau tinggal di kejiranan Syujaiyah. Beliau juga merupakan anggota Biro Politik Hamas dan timbalan ketua Biro Politik Hamas di Gaza[1].
Tujuh atau lapan orang ahli keuarganya, termasuk dua orang saudara lelakinya, dibunuh Israel dalam siri keganasan semasa konflik Israel–Palestin 2007..[2][3] Seorang daripada anak lelakinya terbunuh dalam serangan udara Israel pada 2008 semasa melancarkan serangan roket briged.[4][5] Anak lelakinya yang lain, menantu perempuannya, dan cucunya terbunuh dalam serangan udara di rumahnya pada Julai 2014 semasa konflik Israel–Gaza 2014.[6][7][8] Beliau menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf Palestin dengan menggunakan sempadan sebelum 1948.[9]
Ketika berlakunya Perang Pedang al-Quds, kediamannya di Syujaiyah telah dibom dalam satu serangan udara oleh Israel pada 15 Mei 2021[1].